CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 13 December 2011

Pabila otai2 berjumpa....^_^

Penghujung tahun ni asyik mengatur kenduri umah kengkawan….okla g kenduri kan tp yg xbestnya bila p je mesti nak tanya bila lagii?soalan yg memang wajib tuk yg masih single macam aku ni.kengkadang naik rimas gak...soal jodoh bukan kita yang menentukan…

Dalam byk2 kenduri teringat baru2 ni p kenduri kwn sek aku..pegi ramai2 dan yg bestnya jumpa balik la geng2 lama sek ni…hahaa otai2 sek kebyakannya..dah besar2 panjang …emang xsangka la yang kitaorang dulu ni..perangai…kalu budak laki tu lenla ni..sah2 perempuan...bukan apa protes je tu….budak2 nakal besalah…baru nak mengenal dunia… :-P

Bila dah lama xjumpa ni bykla crita…masing2 ngan cerita masing2…pastu mulalah mengingat kisah2 alam persekolahan….hehe…dari bab calarkan moto cikgu..tangkap ikan jam3 pg.;.yang ni pak guard bocorkan rahsia...sok terus kena panggil...memalukan betoi...main mercun kat asrama time SPM plak tu..tak ke giler..manala ustaz2 ni x bengang ngan kami….dalam bilik pengantin pun blh dok sembang rancak.manakan tak pengantin pun sama naik ngan kami…apalagi ngendap2 la org yg diluar rumah sembang xhengat dunia… bila nak kuar bilik baru tau malu…

Teringat kawan aku sorang ni…dia ni kira bab2 nak kenakan org memang no1 la..tapi sekarang dah jadi cikgu sek men…sapa dpt sangka….ingat lagi dia ckp…nakal2 budak2 dia xsenakal kita dulu…wah npk sgt kenakalan kita ditahap tertinggi…mesti time tue cikgu2 anti semua kat kami tapi aku slalu terselamat kalu bab kena denda…muka aku xmacam budak jahat kot.walau dah sah2 aku ponteng sek..hehe

Segala pengalaman itu tersimpan kemas ….memori yang berlalu tak mungkin berulang…jika bukan dari apa yang dipelajari dulu tak kan mungkin menjadi manusia yang berguna…sebagai guru inilah pakej kita dalam menangani anak2 yg nakal kerana kita pernah senakal mereka dulu….bersabar dan terus bersabar sebagaimana cikgu2 kita bersabar dgn kita...

Mungkin kita bukan org yang berpangkat besar,gaji cukup2 makan,belajar xtinggi mana…tapi kita masih mampu menjadi insan yang lebih baik,buatlah apapun pekerjaan asalkan ianya halal disisi Allah…bukan berapa banyak gaji yang dinilai.tapi berapa banyak pahala yang kita kutip dalam seharian hidup kita…jangan tersasar pada jalan yag salah…Alhamdulillah aku bersyukur...

#25.12.2011  xsabar nak p kenduri yang ni…gila2 gak dia ni…bertemu jodoh 1 sek gak..hahaaa mesti lagi meriah

Thursday 6 October 2011

cutenya dia....

...Pertama kali tertengok dia...wah memang terus jatuh hati
....cmana leh xperasan dia selama ni....
....lepas je saat tersedar,terus je cari info pasal dia...
....memang la aku suka sangat kat benda yang kuit muit,tapi xsangka plak bleh tersangkut kat kotak...huhu
....tapi ni bukan sebarang kotak...Danbo...sgt2 cute....


*****
*****
*****
*****



First time tengok danbo tgk video kat youtube..
pastu g cari plak koleksi pic danbo ni..
banyaknya danbooo memang geram tul tengok...hanya dengan kotak yang dilipat ada kaki,tangan ada mata & mulut yang comel....
macam2 leh wat.....dan yang best setiap daripada pic danbo mesti ada jalan cerita....
terasa mcm blh menghayati plak watak danbo ni...hehe

Pasal dah terlalu suka sgt terus cari lagi info pasal Danbo ni...
Mahal giler Danbo ni yang kecik pun mencecah RM 150...
tapi Danbo ni ada plak mata yang bleh nyala...
jadi berbaloi la beli...



Agak2 kalau aku wat Danbo ni sendiri ada nak menjadi...
huhu


.

 best sangat video ni ada Danbo  & yang penting ianya ada pengisian..



Saturday 27 August 2011

moga ini bukan ramadhan terakhirku.....



Sabda Nabi muhammad:
 "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

Hanya tingggal beberapa hari lagi berakhirnya bulan yang mulia ini...terlalu singkat dirasakan,terlalu banyak yang masih tertinggal....sikap yang suka menangguhkan semua hal inilah yang menyebabkan aku terlalai dari Mu YaAllah
tapi itu semua tidak dapat diulang..yang harus dilakukan semoga berakhirnya Ramadhan ini akan merubah aku menjadi yang lebih baik...dan semoga aku dapat merasainya lagi pada tahun hadapan...semoga ini bukan ramadhan terakhirku YaAllah....

Disebalik kesedihan meninggalkan bulan penuh rahmat ini...disebalik keseronokkan menyambut hari kemenangan kita (hari raya)...timbul kesayuan yang amat sangat apabila terkenangkan raya tahun ini kekosongan satu jiwa.. rindunyaaaa pada arwah tokwan...:(  ...xsabar rasanya tuk pergi solat hari raya,,, rindunya tuk melawat arwah tok dan tokwan....

Rasanya raya kali ni xdak apa yang berbeza...macam tahun2 sebelumnya juga...mungkin akan ada kejutan ckit....hehe wait & see...

YaAllah permudahkan lah urusan ku andai itu yang tercatat untukku...





Saturday 23 July 2011

sahabat..teman @ kawan....











Petang ni mood nak bercerita pasal sahabat,teman @kawan..
Perkataan yang berbeza,definisi juga berbeza…setiap kita mempunyai pengalaman sendiri dalam bersahabat…ada yang manis untuk dikenang dan ada pahit….aku…juga punya pelbagai cerita mengenai sahabat,teman atau kawan….

Alhamdulillah..sekarang aku dikelilingi sahabat2 yang sentiasa menujukan diri mereka ke jalan Allah..sedikit sebanyak aku merubah diriku menjadi yang lebih baik..
Bagaimana pulak ngan yang selalu menipu dalam berbicara,yang membawa kita kearah jalan yang salah,yang berniat memesongkan temannya menjadi sepertinya…layakkah dipanggil sahabat…rasanya teman atau kawan pun tak dilayak panggil..
Aku ingat lagi sampai sekarang…dulu dia kawan yang agak rapat dgnku..pernah dia berkata padaku"kalaulah kita ubah dia tue jadi mcm kita mesti dia senang terikut kan"….
Sejahat2 aku xdak lah sampai nak mengubah seorang kawan kearah yang tak baik…ada juga kawan cmni yang berniat meroskkan hidup orang lain…benarlah kata orang silap memilh kawan boleh hancur hidup seseorang..pengalaman menyedarkan aku betapa pentingnya dalam memilih sahabat yang sejati…
Alhamdulillah aku masih tidak terpesong terlalu jauh dari jalanMu YaAllah..Kau hadirkan dalam diriku sahabat2 yang terlalu baik..berkongsi suka dan duka,berkongsi susah dan senang…

INGATLAH...
Apabila kita bersahabat,janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan,kita mungkin akan menjauhinya..andai kita ingin berteman,janganlah kerana kebaikannya,kerana mungkin dengan satu keburukan,kita akan membencinya.andai kita inginkan seorang teman.jgnlah kerana sifat cerianya,kerana andai dia tidak pandai menceriakan,kita mungkin akan menyalahkannya…

Andai kita inginkan sahabat yang satu,janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu,kita mungkin akan memfitnahnya..andai kita ingin bersahabat,terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat.yang hanya manusia biasa.jangan diharapkan terlalu sempurna,kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak Allah SWT yang sebenar2nya…



Berserderhanalah  dalam persahabatan InsyaAllah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan…
 
‘Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan kebesaran'.



Tuesday 12 July 2011

sekuat mana kesabaran kita??....

Agak sibuk dengan bermacam2 hal...keja3...walau sebenarnya xsesibuk mana... sesaje sibukkan diri sebenarnya...huhu

Bermacam2 isu juga mgu ni dan yang paling panas pasal perhimpunan bersih..ntah lah aku tak pandai nak mengulas,semuanya ada pendapat tersendiri....hanya Allah yang tahu....dan semoga yang baik itu mendapat redha Allah.....

Teringat kembali waktu kecik2 dulu....
aku memang jenis yang sensitif....
aku benci melihat kawan2 aku bergaduh
Xfaham juga kenapa org dewasa yang dikatakan matang juga harus bersengketa
tengok kucing gaduh pun aku yang bising lebih...tambah2 kalu kucing tu comel....hehe
Kini setelah aku dapat menilai,dpat mengenal erti sebuah kehidupan..aku semakin faham
Semua benda boleh dijadikan alasan untuk setiap pergaduhan....
Dalam persahabatan ,percintaan ,kekeluargaan ,perkerjaan...

Apa isu yang menjadi penyebabnya...iri hati...rasa tidak puas hati...perebutan kuasa...mempertahankan maruah.....
Semuanya sentiasa membawa kearah itu...tersilap bicara...persahabatan,hubungan kekeluargaan semuanya boleh terputus...malah sehingga ada membawa kepada pembunuhan...semuanya berbalik sekuat mana iman kita...

Tapi masih aku xfaham..kenapa sush sgt org nak bertolak ansur,mungkin sebab aku tak suka pada pergaduhan,beselisih faham sikit pun mula xsedap hati..ini kan plak nak bergaduh...xtaula cmana rasanya......
apa salahnya berdamai..banyak pihak yang dapat manfaat..mungkin untuk minta maaf itu sesuatu yang berat untuk sesetengah orang...

Terima kasih YaAllah kau berikan aku kesabaran,berikan aku ketenangan walau terkadang aku lalai dan  terleka....menguatkan diriku dalam mengharungi hidup ini dan menghadapi pelbagai karenah insan lain...walau terkadang terhiris hati ini..aku masih mampu bersabar kerana aku tahu Penciptaku sentiasa bersamaku....

“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.” – Hadith riwayat Bukhari

 Allah amat menyintai orang2 yang sabar menghadapi ujianNya.  FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146




Saturday 2 July 2011

pemergiannya kurasakan.....


25 jun 2011...10.45 malam...hanya deraian air mata yang dapat kulihat dan kudengar...terasa cepat masa membawanya pergi..Tapi itu ketentuan Allah tiada siapa dapat menolaknya...kini Atuk ku tiada lagi...hanya meninggalkan sisa2 kenangan yang terlalu indah untuk dikenang...
Seminggu sudah berlalu...masih ku ingat dan terbayang saat pertama kali menjejakan kaki ke bilik 'ccu'...sayunya hati melihat insan yang amat aku sayangi terbaring tidak sedarkan diri...bersama bacaan yassin dan tangisan yang xhenti2 dariku...aku hanya berdoa moga ada keajaiban yang dapat menyembuhkan tokwan...walau aku tahu itu tak kan terjadi....
Dan malam itu kami dikejutkan berita pemergiannya...setelah anak yang lain melihat...berlari aku bersama cucu2 nya yang lain mendapatkannya...terasa terlalu cepat masa berlalu...dan masih belum kami bersedia utk kehilangannya YaAllah...
Tangisan aku sehingga sampai ke rumah...menunggu mayat tokwan dihantar...menyiapkan apa yang patut...saat diletakkan diatas katil terasa ingin menjerit pada sekujur tubuh yang kaku di depanku..aku mencium bertalu2..baunya masih sama seperti mana saat dia ada.seperti melihat dia terlena..ketenangan ada diwajahnya..bersih mukanya...T.kasih YaAllah memberi aku kekuatan untuk menghadapinya...dan hanya bacaan Al-Quran dan surah yassin tanpa henti untuknya..sampaikan aku sendiri tidak sedar pukul berapa aku tertido...
Esoknya...aku menjadi orang paling setia menunggu disebelah arwah....sehingga diangkat untuk mandi dan dikapan...aku mencium buat kali terakhir..
aku terus pulang ke rumah walau diajak berkali2 ke masjid...rasanya tiada kekuatan melihat lagi...
dan kini....
tiada lagi kunjungan 'wajib'ku...untuk setiap minggu
tiada lagi insan yang bertanya setiap pergerakkanku
tiada lagi peneman setia mak waktu membuat kuih
tiada lagi buah pelam yang dikumpulkan sendiri untuk diberi padaku
tiada lagi mendengar bebelannya saat kucing2 memanjat pokok kacang kelisanya
tiada lagi melihat dia berjalan kearah rumahku
terlalu banyak yang ingin dikenang...
apa yang pasti 'kerusi itu' paling mengingatkan bukan saja aku tapi juga orang lain..
disitulah dia akan duduk pada setiap pagi dan petang...
dan kini hanya kenangan..
kasih dan sayangnya sentiasa denganku... 
terasa seperti kekosongan yang amat sangat pada diriku...
segala2nya akan ku ingat...
dan semoga Allah meletakkannya ditempat org2 mukmin...
hidup ini darimu Ya Allah dan kembali juga pada Mu....
AL-FATIHAH...


Friday 17 June 2011

Berb!cara tentang C!nta....

Kalau rasa sedih, pandanglah langit, ingatlah Allah masih ada. Kalau rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah Allah mencipta kesudahannya. Kalau rasa tersisih, lihatlah purnama di malam hari, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendirian mengharungi cabaran hidup ini



Hari ini teringat kenangan sendiri....^_^..pengalaman mematangkan aku dalam membuat keputusan dan mencari cinta hanya kepada Allah.....
Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kita hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kita akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.hanya kita yang dapat menilainya apabila kita merasainya..
Pernahkah kita terfikir...
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Walaupun diri kita dan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...   
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah mentakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah untuk kita,merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.


CINTA....sesuatu yang semula jadi, sesuatu yang alami. Kalau kita mencarinya, kemudian kita bercinta setengah mati sekalipun, andai si dia itu bukan jodoh yang tertulis untuk kita… cinta itu tak akan bersatu! Bercerita tentang cinta tak akan pernah habis-habisnya. Cinta akan sentiasa hidup mewarnai kehidupan setiap daripada makhluk ciptaan-Nya. Ada yang bertanya, bolehkah cinta itu dipelajari? Mungkin ada yang melihat bahawa cinta itu suatu proses alami dan semula jadi.


CINTA...begitu besar ertinya dalam kehidupan kita,cinta sesama manusia dan terutamanya cinta kepada Maha Pencipta.Cinta dalam apa jua situasi,dalam apa saja tanggapan dan reaksi harus memiliki keseimbangan.Cinta itu sumber inspirasi seluruh kehidupan.Cinta memberikan semangat,cinta memberi nafas baru,melahirkan harapan baru.Tetapi itu kalau kita lihat cinta dari sudut positifnya. Namun biasanya cinta lebih banyak memudaratkan berbanding kebaikan,apabila kita terlalu asyik dengan cinta.
Cinta itu memang membuat seseorang HIDUP, dan cinta juga mampu membuat seseorang itu MATI! Hanya orang yang bercinta akan mati, sedangkan cinta itu akan terus hidup. 


CINTA itu...mendatangkan satu kebahagiaan,dan mengundang seribu kedukaan,begitulah kata sebuah ungkapan yang entah siapa yang menciptakannya.Renungkan sebentar dan cari huraiannya.Memang benar,setiap yang mencari cinta hanya inginkan kebahagiaan,bukan?Satu kebahagiaan sudah cukup untuk menghidupkan seluruh kehidupan.Namun,andai satu kebahagiaan itu berkecai pastinya akan datang seribu kedukaan.Itu akibat dan hakikat cinta.


CINTA...mencintai bukan bermakna memiliki.itu yang aku pelajari...sedih tapi itu hakikatnya..tetapi inilah pengorbanan yang harus kita lakukan.Bermakna,kita kena sentiasa ingat bahawa pasangan kekasih bukanlah milik mutlak kita. Masing-masing ada hak kebebasan sendiri.

Cinta boleh disemai. Tak semestinya kita akan bersatu hanya dengan orang yang kita cintai setengah gila! Ingat… kita manusia hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan.Berapa ramai orang yang bahagia bercinta selepas kahwin..itu yang aku lihat..^_^ Berilah masa kepada diri sendiri. Kita boleh belajar untuk mencintainya kemudian. Kebahagiaan yang dia berikan mungkin menjadi baja kepada benih cinta yang kita semai.
Cinta sebenarnya tak pernah menjanjikan bahagia. Cuma kita yang sentiasa mengharapkan cinta itu datang bersama bahagia. Sedangkan, pakej cinta itu termasuk bahagia dan derita. Ingat! Cinta itu berisi dengan BAHAGIA dan DERITA 

Bersabar, dan teruslah berdoa..
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, 
jika kita benar-benar yakin akan Dia..


Sunday 29 May 2011

Mencari Diri Sendiri....

salam....hye semua....
mgu ni mood cuti sekolah...terlalu banyak yang difikirkan..dari satu perkara ke satu perkara...
di kala bersendirian ini terlalu banyak yang difikirkan...
terkadang aku terasa terlalu lemah berhadapan dengan ujian hidup...
terkadang terfikir tiada siapakah yang memahami aku...
terkadang terasa tidak adil....
mak...adakah mengenali diriku sepenuhnya...??
abah...fahamkah apa yang terjadi pada anakmu....??
aku terlupa..
Allah itu sentiasa ada.....
lemahnya aku.....malunya aku...

Masih terlalu banyak perubahan yang harus dilakukan dalam diriku..
Sebagai manusia biasa, yang hanya melihat segala yg tersurat, yang ada di hadapan mata..Mungkin tak dapat menjangkau rencana Allah yang Maha Hebat.Yang kita sering mahu, hanya hajat kita tercapai. Sedangkan Allah sudah dari awal menyusun yg terbaik untuk kita....


Senyumlah..:)

Walau seberat mana ujian yg menimpa..
Walau seteruk mana hati dirobek, disiat2..
Walau sedalam mana esak tangis dan air mata..
Walau sebanyak mana hal terjadi tidak berkenan di hati..
Walau sesakit mana terjatuh, tersungkur dalam duri kehidupan..

Kerana bukanlah kita yang Maha Tahu segala.
Urusan kita hanyalah benar2 menyerahkan segalanyanya kpd Yang Maha Tahu.
teruskanlah berdoa..teruskanlah bermunajat....

Kita merancang, tapi Allah lebih awal dan hebat dalam perancangannya..
Kita tahu, tapi Allah yg yg paling tahu segala sesuatu..
Dia mendengar rintihan kita..Dia tahu apa keinginan kita..
Bahkan ketika saat kita keliru apa keadaan kita seharusnya..
Dia sudah lama tahu..

Hanya kita, yang sering tidak sabar dengan takdirNya..
Atau terkadang kita sendiri yang tidak sedar & lalai sudah termakbulnya do'a kita..

Permintaan kita yg tiada ketetapan, sering berubah2..
Mahu itu dan ini..
Kemudian mengharap & menuntut ditunaikan..
Menganggap doa sebagai sebuah 'jaminan'..
Sedangkan, berulangnya permintaan itu tidak bererti berturut2nya pengabulan..

Dia akan beri apa yg kita perlukan..bukan yg kita mahukan..
Allah mengetahui keperluan kita..

Maka, berserahlah seluruhnya..
Biar Dia mengatur sebaiknya :)

"Ya Allah,
baikilah urusan agamaku, yg mana Engkau pelindung kpd urusanku..
Dan baikilah urusan duniaku, yg mana padanya ada kehidupan..
Dan baikilah akhirat yg mana aku pulang padanya.."
~ Ameen Ya Mujib..



Sunday 22 May 2011

kenapa mawar putih...??

Emm..mawar putih kenapa ye.. ^_^
sedangkan byk lagi nama yg boleh aku gunakan....bukan sesaje aku letak tau
terlalu banyak makna yang tersirat disebaliknya...hehe
seperti mana warnanya yang

melambangkan kemurnian & kesucian
 kerendahan hati  & penghormatan 
penyatuan & pendamaian
 kesetiaan & ketulusan cinta....

semoga aku akan perbaiki diri aku hari demi hari....
menjadi anak yang solehah pada mak dan ayahku...
menjadi sahabat yang baik disamping teman2ku..
menjadi pasangan yang setia pada cintaku...
dan yang paling penting
menjadi hamba yang selalu sujud  dan tidak pernah lupa pada Penciptaku...
amin...



Saturday 21 May 2011

HAPPY TEACHER'S DAY..

Rasanya belum terlambat lagi utk aku ucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajar aku,mendidik aku ...jasa2 cikgu tidak pernah aku lupakan..

Kini aku sebahagian dari mereka....
walau mungkin jasaku tidak sebesar mana tapi akan ku didik anak2 kecil ini dengan bersungguh2..
Memberikan kebaikan dan terus memberikan kebaikan,menyampaikan ilmu,kemahiran,adab dan sopan,dan berterusan begitu...
Di tanganku...di dlm pemikiranku...dlm keazaman yang bernyala2...dlm kesungguhan yg tidak pernah padam...di sana dihadapanku...menanti jiwa2...insan2 yang perlu kulorekkan dgn warna2 indah...warna2 kejayaan...warna2 yg bakal mengundang reda Tuhan...
Baru kini ku tahu betapa sukarnya berada ditempatmu guru..segalanya memerlukan kesabaran yg tinggi..

Terima Kasih Ya Allah...
kerana berikan aku kesempatan mendidik jiwa2 yang suci ini...
dan..
terima kasih pada buah2 hati kesayangku....
hadiah2 yg begitu bermakna...
^_^

Friday 20 May 2011

Assalamualaikum..

Welcome to my blog..^_^
akhirnya...aku dah ada blog..hehe
xdaklah secomel blog orang lain tapi akan ku comelkan dari masa ke semasa...
kalu da masa..huhu
kalu dlu hanya dihelaian kertas tapi kini berubah mengikut masa..
lagipun ada ke yang nak tengok kan..hehe
hanya sekadar perkongsian....xkisahla janji kita enjoyyy...