Minggu yg agak …..ntahlah sukar nak digambarkan…
Sedang sibuk aku dengan urusan perkahwinan….macam2 perkara berlaku
Waktu inilah aku belajar bermuhasabah…belajar mengenal kelemahan diri
sendiri tanpa melibatkan org lain….sebagai manusia kita mungkin lalai antara
sedar atau tidak….kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan
kesalahan..kita juga tidak dapat memuaskan hati pihak lain…
Mungkin ada sesuatu dalam diri kita yg tidak disenangi…ya waktu inilah
aku belajar bermuhasabahh,berfikir seterusnya memperbaiki kelemahan utk menjadi
yang lebih baik…
aku bukanla
pakar dalam bab2 agama sebegini…hidup aku pun agak gila2…jadi aku pun google
bab2 muhasabah diri…kemudahan dah ada di depan mata knapa
xdigunakan…..tujuannya Cuma 1…terus belajar memperbaiki diri…..
Yup byk yg
dapat dipelajari hasil dari muhasabah diri….
1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu
dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggalkan setiap
kesalahan yang lepas.
3. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan
yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan
Allah di hari akhirat kelak.
Bermuhasabah bukan sahaja mengenal erti kelemahan
dalam diri tapi juga kelebihan yg ada,jika org lain dapat mengenali kelebihan
diri kita kenapa tidak kita sendiri…
Dengan bermuhasabah diri bukan sahaja dapat menilai
keupayaan diri sendiri malah ia juga menjadikan diri kita lebih baik daripada
sebelumnya…terima kasih Ya Allah memberikan aku anugerah akal yang sangat
berharga dan memberi aku kesempatan berfikir….
Semoga Aku terus menjadi hambaMu yang selalu bersyukur pada Mu….