Petang ni mood nak bercerita pasal sahabat,teman @kawan..
Perkataan yang berbeza,definisi juga berbeza…setiap kita mempunyai pengalaman sendiri dalam bersahabat…ada yang manis untuk dikenang dan ada pahit….aku…juga punya pelbagai cerita mengenai sahabat,teman atau kawan….
Alhamdulillah..sekarang aku dikelilingi sahabat2 yang sentiasa menujukan diri mereka ke jalan Allah..sedikit sebanyak aku merubah diriku menjadi yang lebih baik..
Bagaimana pulak ngan yang selalu menipu dalam berbicara,yang membawa kita kearah jalan yang salah,yang berniat memesongkan temannya menjadi sepertinya…layakkah dipanggil sahabat…rasanya teman atau kawan pun tak dilayak panggil..
Aku ingat lagi sampai sekarang…dulu dia kawan yang agak rapat dgnku..pernah dia berkata padaku"kalaulah kita ubah dia tue jadi mcm kita mesti dia senang terikut kan"….
Sejahat2 aku xdak lah sampai nak mengubah seorang kawan kearah yang tak baik…ada juga kawan cmni yang berniat meroskkan hidup orang lain…benarlah kata orang silap memilh kawan boleh hancur hidup seseorang..pengalaman menyedarkan aku betapa pentingnya dalam memilih sahabat yang sejati…
Alhamdulillah aku masih tidak terpesong terlalu jauh dari jalanMu YaAllah..Kau hadirkan dalam diriku sahabat2 yang terlalu baik..berkongsi suka dan duka,berkongsi susah dan senang…
INGATLAH...
Apabila kita bersahabat,janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan,kita mungkin akan menjauhinya..andai kita ingin berteman,janganlah kerana kebaikannya,kerana mungkin dengan satu keburukan,kita akan membencinya.andai kita inginkan seorang teman.jgnlah kerana sifat cerianya,kerana andai dia tidak pandai menceriakan,kita mungkin akan menyalahkannya…
Andai kita inginkan sahabat yang satu,janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu,kita mungkin akan memfitnahnya..andai kita ingin bersahabat,terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat.yang hanya manusia biasa.jangan diharapkan terlalu sempurna,kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak Allah SWT yang sebenar2nya…
Berserderhanalah dalam persahabatan InsyaAllah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan…
‘Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan kebesaran'.