CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 17 June 2011

Berb!cara tentang C!nta....

Kalau rasa sedih, pandanglah langit, ingatlah Allah masih ada. Kalau rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah Allah mencipta kesudahannya. Kalau rasa tersisih, lihatlah purnama di malam hari, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendirian mengharungi cabaran hidup ini



Hari ini teringat kenangan sendiri....^_^..pengalaman mematangkan aku dalam membuat keputusan dan mencari cinta hanya kepada Allah.....
Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kita hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kita akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.hanya kita yang dapat menilainya apabila kita merasainya..
Pernahkah kita terfikir...
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Walaupun diri kita dan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...   
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah mentakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah untuk kita,merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.


CINTA....sesuatu yang semula jadi, sesuatu yang alami. Kalau kita mencarinya, kemudian kita bercinta setengah mati sekalipun, andai si dia itu bukan jodoh yang tertulis untuk kita… cinta itu tak akan bersatu! Bercerita tentang cinta tak akan pernah habis-habisnya. Cinta akan sentiasa hidup mewarnai kehidupan setiap daripada makhluk ciptaan-Nya. Ada yang bertanya, bolehkah cinta itu dipelajari? Mungkin ada yang melihat bahawa cinta itu suatu proses alami dan semula jadi.


CINTA...begitu besar ertinya dalam kehidupan kita,cinta sesama manusia dan terutamanya cinta kepada Maha Pencipta.Cinta dalam apa jua situasi,dalam apa saja tanggapan dan reaksi harus memiliki keseimbangan.Cinta itu sumber inspirasi seluruh kehidupan.Cinta memberikan semangat,cinta memberi nafas baru,melahirkan harapan baru.Tetapi itu kalau kita lihat cinta dari sudut positifnya. Namun biasanya cinta lebih banyak memudaratkan berbanding kebaikan,apabila kita terlalu asyik dengan cinta.
Cinta itu memang membuat seseorang HIDUP, dan cinta juga mampu membuat seseorang itu MATI! Hanya orang yang bercinta akan mati, sedangkan cinta itu akan terus hidup. 


CINTA itu...mendatangkan satu kebahagiaan,dan mengundang seribu kedukaan,begitulah kata sebuah ungkapan yang entah siapa yang menciptakannya.Renungkan sebentar dan cari huraiannya.Memang benar,setiap yang mencari cinta hanya inginkan kebahagiaan,bukan?Satu kebahagiaan sudah cukup untuk menghidupkan seluruh kehidupan.Namun,andai satu kebahagiaan itu berkecai pastinya akan datang seribu kedukaan.Itu akibat dan hakikat cinta.


CINTA...mencintai bukan bermakna memiliki.itu yang aku pelajari...sedih tapi itu hakikatnya..tetapi inilah pengorbanan yang harus kita lakukan.Bermakna,kita kena sentiasa ingat bahawa pasangan kekasih bukanlah milik mutlak kita. Masing-masing ada hak kebebasan sendiri.

Cinta boleh disemai. Tak semestinya kita akan bersatu hanya dengan orang yang kita cintai setengah gila! Ingat… kita manusia hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan.Berapa ramai orang yang bahagia bercinta selepas kahwin..itu yang aku lihat..^_^ Berilah masa kepada diri sendiri. Kita boleh belajar untuk mencintainya kemudian. Kebahagiaan yang dia berikan mungkin menjadi baja kepada benih cinta yang kita semai.
Cinta sebenarnya tak pernah menjanjikan bahagia. Cuma kita yang sentiasa mengharapkan cinta itu datang bersama bahagia. Sedangkan, pakej cinta itu termasuk bahagia dan derita. Ingat! Cinta itu berisi dengan BAHAGIA dan DERITA 

Bersabar, dan teruslah berdoa..
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, 
jika kita benar-benar yakin akan Dia..