CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 29 May 2011

Mencari Diri Sendiri....

salam....hye semua....
mgu ni mood cuti sekolah...terlalu banyak yang difikirkan..dari satu perkara ke satu perkara...
di kala bersendirian ini terlalu banyak yang difikirkan...
terkadang aku terasa terlalu lemah berhadapan dengan ujian hidup...
terkadang terfikir tiada siapakah yang memahami aku...
terkadang terasa tidak adil....
mak...adakah mengenali diriku sepenuhnya...??
abah...fahamkah apa yang terjadi pada anakmu....??
aku terlupa..
Allah itu sentiasa ada.....
lemahnya aku.....malunya aku...

Masih terlalu banyak perubahan yang harus dilakukan dalam diriku..
Sebagai manusia biasa, yang hanya melihat segala yg tersurat, yang ada di hadapan mata..Mungkin tak dapat menjangkau rencana Allah yang Maha Hebat.Yang kita sering mahu, hanya hajat kita tercapai. Sedangkan Allah sudah dari awal menyusun yg terbaik untuk kita....


Senyumlah..:)

Walau seberat mana ujian yg menimpa..
Walau seteruk mana hati dirobek, disiat2..
Walau sedalam mana esak tangis dan air mata..
Walau sebanyak mana hal terjadi tidak berkenan di hati..
Walau sesakit mana terjatuh, tersungkur dalam duri kehidupan..

Kerana bukanlah kita yang Maha Tahu segala.
Urusan kita hanyalah benar2 menyerahkan segalanyanya kpd Yang Maha Tahu.
teruskanlah berdoa..teruskanlah bermunajat....

Kita merancang, tapi Allah lebih awal dan hebat dalam perancangannya..
Kita tahu, tapi Allah yg yg paling tahu segala sesuatu..
Dia mendengar rintihan kita..Dia tahu apa keinginan kita..
Bahkan ketika saat kita keliru apa keadaan kita seharusnya..
Dia sudah lama tahu..

Hanya kita, yang sering tidak sabar dengan takdirNya..
Atau terkadang kita sendiri yang tidak sedar & lalai sudah termakbulnya do'a kita..

Permintaan kita yg tiada ketetapan, sering berubah2..
Mahu itu dan ini..
Kemudian mengharap & menuntut ditunaikan..
Menganggap doa sebagai sebuah 'jaminan'..
Sedangkan, berulangnya permintaan itu tidak bererti berturut2nya pengabulan..

Dia akan beri apa yg kita perlukan..bukan yg kita mahukan..
Allah mengetahui keperluan kita..

Maka, berserahlah seluruhnya..
Biar Dia mengatur sebaiknya :)

"Ya Allah,
baikilah urusan agamaku, yg mana Engkau pelindung kpd urusanku..
Dan baikilah urusan duniaku, yg mana padanya ada kehidupan..
Dan baikilah akhirat yg mana aku pulang padanya.."
~ Ameen Ya Mujib..



Sunday 22 May 2011

kenapa mawar putih...??

Emm..mawar putih kenapa ye.. ^_^
sedangkan byk lagi nama yg boleh aku gunakan....bukan sesaje aku letak tau
terlalu banyak makna yang tersirat disebaliknya...hehe
seperti mana warnanya yang

melambangkan kemurnian & kesucian
 kerendahan hati  & penghormatan 
penyatuan & pendamaian
 kesetiaan & ketulusan cinta....

semoga aku akan perbaiki diri aku hari demi hari....
menjadi anak yang solehah pada mak dan ayahku...
menjadi sahabat yang baik disamping teman2ku..
menjadi pasangan yang setia pada cintaku...
dan yang paling penting
menjadi hamba yang selalu sujud  dan tidak pernah lupa pada Penciptaku...
amin...



Saturday 21 May 2011

HAPPY TEACHER'S DAY..

Rasanya belum terlambat lagi utk aku ucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajar aku,mendidik aku ...jasa2 cikgu tidak pernah aku lupakan..

Kini aku sebahagian dari mereka....
walau mungkin jasaku tidak sebesar mana tapi akan ku didik anak2 kecil ini dengan bersungguh2..
Memberikan kebaikan dan terus memberikan kebaikan,menyampaikan ilmu,kemahiran,adab dan sopan,dan berterusan begitu...
Di tanganku...di dlm pemikiranku...dlm keazaman yang bernyala2...dlm kesungguhan yg tidak pernah padam...di sana dihadapanku...menanti jiwa2...insan2 yang perlu kulorekkan dgn warna2 indah...warna2 kejayaan...warna2 yg bakal mengundang reda Tuhan...
Baru kini ku tahu betapa sukarnya berada ditempatmu guru..segalanya memerlukan kesabaran yg tinggi..

Terima Kasih Ya Allah...
kerana berikan aku kesempatan mendidik jiwa2 yang suci ini...
dan..
terima kasih pada buah2 hati kesayangku....
hadiah2 yg begitu bermakna...
^_^

Friday 20 May 2011

Assalamualaikum..

Welcome to my blog..^_^
akhirnya...aku dah ada blog..hehe
xdaklah secomel blog orang lain tapi akan ku comelkan dari masa ke semasa...
kalu da masa..huhu
kalu dlu hanya dihelaian kertas tapi kini berubah mengikut masa..
lagipun ada ke yang nak tengok kan..hehe
hanya sekadar perkongsian....xkisahla janji kita enjoyyy...