CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 25 April 2012

muhasabah diri....




Minggu yg agak …..ntahlah sukar nak digambarkan…
Sedang sibuk aku dengan urusan perkahwinan….macam2 perkara berlaku

Waktu inilah aku belajar bermuhasabah…belajar mengenal kelemahan diri sendiri tanpa melibatkan org lain….sebagai manusia kita mungkin lalai antara sedar atau tidak….kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan..kita juga tidak dapat memuaskan hati pihak lain…
Mungkin ada sesuatu dalam diri kita yg tidak disenangi…ya waktu inilah aku belajar bermuhasabahh,berfikir seterusnya memperbaiki kelemahan utk menjadi yang lebih baik…

aku bukanla pakar dalam bab2 agama sebegini…hidup aku pun agak gila2…jadi aku pun google bab2 muhasabah diri…kemudahan dah ada di depan mata knapa xdigunakan…..tujuannya Cuma 1…terus belajar memperbaiki diri…..

Yup byk yg dapat dipelajari hasil dari muhasabah diri….

1.      Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
2.      Dapat bertaubat, menyesali dan meninggalkan setiap kesalahan yang lepas.
3.      Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
4.      Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
5.      Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.

Bermuhasabah bukan sahaja mengenal erti kelemahan dalam diri tapi juga kelebihan yg ada,jika org lain dapat mengenali kelebihan diri kita kenapa tidak kita sendiri…

Dengan bermuhasabah diri bukan sahaja dapat menilai keupayaan diri sendiri malah ia juga menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya…terima kasih Ya Allah memberikan aku anugerah akal yang sangat berharga dan memberi aku kesempatan berfikir….
                                 
Semoga Aku terus menjadi hambaMu  yang selalu bersyukur pada Mu….

0 comments:

Post a Comment